Selasa, 21 Mei 2013

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,


Nama diberi Ahmad Mujahid bin Mohd Asri. Asal dari Kuala Lumpur dan sekarang menetap di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Sayalah pemilik blog ini, blog Saya Coret!

Sehingga warkah perkenalan ini dicoret, saya masih bujang empat, melaksanakan beberapa tugas bagi menafkahi diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang baik.





Tujuan saya menyusun blog ini adalah untuk berkongsi kepada semua orang yang memiliki akses kepada internet tentang apa yang berlegar di benak fikiran saya. In shaa Allah, saya akan memastikan bahawa apa yang dikongsi adalah yang bermanfaat dan baik-baik sahaja. Namun, saya tidak menolak kebarangkalian akan ada juga luahan rasa di ruangan ini, iya lah, saya juga manusia. Insan itu insan.

Sebelum ini saya pernah mencuba untuk istiqamah (konsisten) mencoret di alam maya, tapi nampaknya kurang berjaya. Ada pun pada kali ini, saya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan blog Saya Coret ini tidak menerima nasib yang sama seperti blog-blog saya yang silam. Okey sampai di sini dulu buat kali ini rasanya.

Akhir kata, majulah diri untuk diri. Saya sedia menerima teguran dan kritikan membina. Saya Coret santai-santai sahaja, sehingga bersua lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan